Eksklusif

#Kongsi Bersama TikTok
Komuniti pencipta dijemput TikTok Malaysia untuk buat konten menarik sempena Raya-Ramadan. Khairul Aming & Nyna Bukater menang kategori apa? ๐Ÿ‘‰
TikTok Malaysia

News Stack oleh

TikTok Malaysia

Dikemaskini pada 15 Mei 2024

raya kongsibersama tiktok

News Stack ini lebih baik dalam aplikasi

Baca semua artikel tanpa had pada aplikasi Lumi News

Muat turun secara percuma

๐Ÿ“Œ Rumah Terbuka #KongsiBersama

Sempena Hari Raya tahun ini, TikTok Malaysia meraikan komuniti pencipta kandungannya dengan menganjurkan Rumah Terbuka #KongsiBersama Raya di The Lemuni, Janda Baik yang sangat meriah dan berwarna warni!


Pada awal Ramadan, TikTok Malaysia menjemput komuniti pencipta untuk mengekspresikan dan mempamerkan detik-detik Ramadan-Raya terbaik mereka melalui kempen โ€˜#KongsiBersama Ramadan & Raya Momentsโ€™.


Dari 5 hingga 24 Mac, pencipta-pencipta ini diberi peluang untuk berkongsi pandangan mereka tentang musim perayaan melalui enam kategori.


Dari enam kategori tersebut, video-video terbaik dipilih sebagai pemenang hadiah utama sebagai pengiktirafan terhadap kreativiti luar biasa mereka dalam menggambarkan semangat Ramadan dan Raya.


Barisan panel terkemuka yang mengadili kempen #KongsiBersama Ramadan & Raya Moments seperti Kabir Bhatia dan penyanyi, Nabila Razali turut hadir pada sambutan berkenaan.

โญ Siapa Pemenang?

Setiap pemenang membawa pulang hadiah wang tunai, telefon baru realme 12+ 5G, dan peluang untuk penyertaan masa depan dalam program pencipta TikTok.


Pencipta-pencipta di bawah muncul sebagai pemenang bagi kategori-kategori di bawah #KongsiBersama:


  • #KongsiPOV : @yang
  • #KongsiCerita : @dyamohamad90
  • #KongsiSelera : @khairulaming
  • #KongsiFitCheck : @nynabukater
  • #KongsiTips : @zarul.hafiz
  • #KongsiJer : @bossjames_oe


Lebih menarik, pemenang yang telah dipilih oleh pengarah Kabir Bhatia dari kempen #KongsiBersama iaitu @dyamohamad90 berpeluang untuk bekerja sama mencipta dan membintangi satu filem pendek yang boleh anda saksikan di akaun TikTok Malaysia dan Dya.

๐Ÿ”ฅ Video Kreatif Dan Menghiburkan

Selain sebuah platform yang menyajikan hiburan buat penggunanya, TikTok adalah satu ruang untuk ekspresi kreatif yang menjana kandungan yang asli dan menghiburkan. Kepelbagaian pengalaman, komuniti dan kandungan pada platform ini juga mampu mengeratkan tali silaturahim.


Ini terutamanya dapat dilihat melalui video-video yang disiarkan semasa musim perayaan, seperti Resipi Raya Ikonik 30 Hari yang ikonik oleh Khairul Aming dan Tip Mekap 30 Hari yang hebat oleh Nyna Bukater.

Menurut Ketua Operasi dan Pemasaran TikTok Malaysia, Yin Yin Hooi, โ€œOrang ramai tertarik kepada TikTok kerana ia adalah platform yang menghiburkan dan membangkitkan semangat yang membolehkan pencipta dan artis membina sumber pendapatan mereka sendiri.


โ€œMelalui #KongsiBersama, TikTok memberi nafas baharu kepada hiburan melalui komuniti Malaysia yang pelbagai, berbakat dan asli, yang menyemarakkan budaya tempatan dengan kreativiti mereka. Kami berharap untuk terus meneroka dan memperkasakan bakat Malaysia, serta mentakrif semula apa itu pencipta kandungan,โ€ tambahnya.


Untuk lihat sorotan acara dari Rumah Terbuka #KongsiBersama TikTok, layari aplikasi TikTok sekarang dan ikuti barisan pencipta kandungan tempatan yang hebat seperti Kionz Chan, Che Sayang Kitchen, Wfsufina, dan Abang Shah.

๐Ÿ“Œ Mengenai TikTok

TikTok ialah destinasi utama untuk video berdurasi pendek. Misi kami adalah untuk memberi inspirasi kepada kreativiti dan membawa kegembiraan. TikTok mempunyai pejabat global termasuk Los Angeles, New York, London, Paris, Berlin, Dubai, Mumbai, Singapura, Jakarta, Seoul dan Tokyo.


News Stack ini dibawakan oleh TikTok. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tiktok.com

๐Ÿ“ฐ TikTok Dalam Berita

Sedang dimuat turun...
news-stack-on-news-image

Apakah
News Stack?

News Stack ialah kompilasi artikel dan video teratas mengenai topik paling hangat, dipilih oleh pasukan editorial Lumi merentas 80+ media. Lihat tajuk berita terbesar tentang topik itu, semuanya dalam satu suapan yang mudah dan boleh dikongsi.

1 komen

Muat turun aplikasi untuk sertai!

Lebih News Stack

Trending sekarang

Sedang dimuat turun...