Eksklusif

Kemahiran Hijau, Masa Depan Cerah
Apakah sebenarnya kemahiran hijau, dan mengapa ia penting? Ketahui cara ianya akan memberi manfaat kepada anda. ๐Ÿ‘‡
TalentCorp

News Stack oleh

TalentCorp

Dikemaskini pada 29 Apr 2024

kesuma green skills fair 2024 malaysia

News Stack ini lebih baik dalam aplikasi

Baca semua artikel tanpa had pada aplikasi Lumi News

Muat turun secara percuma

๐ŸŒฑ Pekerja 'Hijau' Buruan Syarikat

Seperti ramai sedia maklum, hari demi hari dunia semakin tenat dengan penggunaan bahan-bahan yang tidak dapat dikitar semula yang sekaligus memberi beban kepada alam sekitar.


Pengurusan sumber semula jadi yang tidak terancang seperti pembalakan tidak terkawal, penerokaan tanah secara berleluasa, pelepasan gas karbon dioksida ke atmosfera, pembuangan sisa pepejal dan sebagainya menyebabkan pencemaran.


Dalam usaha untuk memastikan isu ini tidak berlarutan sehingga generasi-generasi akan datang, teknologi hijau diperkenalkan dalam melestarikan alam serta memastikan keadaan bumi lebih bersih daripada pencemaran.


Isu yang berlaku turut membuka kepada lebih banyak peluang pekerjaan bagi memacu teknologi hijau serta bagi melestarikan alam.


Menerusi laporan yang dikeluarkan, industri atau aktiviti hijau mampu meningkatkan KDNK global dengan anggaran $10.3 trilion (RM48.8 trilion) menjelang 2050 serta mewujudkan 24 juta pekerjaan baharu di seluruh dunia menjelang 2030.

๐ŸŒฑ Apa Itu Sektor Teknologi Hijau?

Pekerjaan hijau atau kemahiran hijau merangkumi kepakaran dan pengetahuan mengenai teknologi bersih, pengurusan sumber dan amalan lestari.


Pekerjaan yang dapat dihasilkan dengan kemahiran hijau termasuk pelbagai profesion yang bertujuan untuk mempromosikan kelestarian alam sekitar serta menangani perubahan iklim yang terdapat dalam pelbagai sektor terdiri daripada pembuatan, pembinaan, dan tenaga boleh diperbaharui.

๐Ÿ’ฐ Anggaran Pendapatan

Menariknya buat para graduan atau para profesional yang mahu menceburkan bidang dalam bidang teknologi hijau ini, syarikat-syarikat yang memfokuskan kepada teknologi hijau sedia menawarkan pendapatan yang kompetitif bergantung kepada industri, profesian dan kemahiran.


Pekerjaan dalam industri teknologi hijau ditawarkan pendapatan yang kompetitif bagi mencerminkan kepentingan penjagaan alam sekitar yang semakin meningkat.

๐Ÿ’ช Tingkatkan Kemahiran Diri

Tidak hanya menawarkan pendapatan yang kompetitif, syarikat dalam teknologi hijau sering kali menawarkan kursus dan program latihan yang disesuaikan dengan pembangunan kemahiran hijau.


Hal ini sekaligus membuka peluang kepada para pekerja atau untuk meningkatkan kemahiran menerusi bengkel atau kursus yang dijalankan berkaitan sesuatu bidang.


Selain itu, permintaan untuk kemahiran hijau dijangkakan semakin meningkat dalam tempoh jangka masa pendek dan sederhana.

๐Ÿ“Œ Inisiatif TalentCorp & KESUMA

Mengetahui terdapat permintaan tinggi terhadap bidang teknologi hijau, TalentCorp dengan kerjasama bersama Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) telah melancarkan Green ASEAN Jobs Forum.


Inisiatif Green ASEAN Jobs Forum ini sejajar dengan misi KESUMA iaitu memupuk pertumbuhan pekerjaan hijau dalam membina ekonomi yang inklusif dan mampan.


Sebagai perkongsian, TalentCorp merupakan agensi kebangsaan yang memacu strategi bakat Malaysia ke arah menjadi hab bakat yang dinamik.


Inisiatif TalentCorp disesuaikan untuk profesional, pelajar, majikan, dan rakan kongsi industri dan akademik. Ketahui cara kerja kami boleh memberi manfaat kepada anda.

๐Ÿ“Œ KESUMA Green Skills Fair 2024

Kewujudan forum seperti Forum Pekerjaan ASEAN Hijau menggariskan peranan penting kemahiran hijau dalam membentuk tenaga kerja masa depan.


Buat para graduan, golongan profesional atau anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai teknologi hijau dijemput hadir ke KESUMA Green Skills Fair 2024 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.


Apa tunggu lagi? Buat anda yang merupakan para graduan atau merupakan kenalan yang sedang mencari peluang dalam bidang yang masih fresh ini, mungkin forum ini bakal menjadi platform mereka mengembangkan bakat dan kemahiran.

๐Ÿ“† Jumpa Di Sana!

KESUMA Green Skills Fair 2024

Tarikh: 25 - 27 April

Masa: 10am - 5pm

Tempat: Level G & 3, Avenue K Shopping Mall

๐Ÿ“Œ Mengenai TalentCorp

Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia yang bertanggungjawab melalui mandatnya untuk menarik, memupuk dan mengekalkan modal insan serta kepakaran yang terbaik dalam menyokong perjalanan Malaysia ke arah mencapai status negara maju. Usaha TalentCorp dipacu oleh kerjasama erat dengan pelbagai kementerian, pihak berkepentingan di dalam industri dan institusi pengajian menerusi inisiatif yang menumpukan kepada 3 penawaran khidmat utama: Penyaluran, Kepelbagaian dan Mobiliti modal insan di Malaysia. 


News Stack ini dibawakan oleh TalentCorp. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai inisiatif TalentCorp, layari www.talentcorp.com.my ataupun ikuti @TalentCorpMsia di media sosial LinkedIn, Twitter, Facebook dan Instagram.

๐Ÿ“ฐ TalentCorp Dalam Berita

Sedang dimuat turun...
news-stack-on-news-image

Apakah
News Stack?

News Stack ialah kompilasi artikel dan video teratas mengenai topik paling hangat, dipilih oleh pasukan editorial Lumi merentas 80+ media. Lihat tajuk berita terbesar tentang topik itu, semuanya dalam satu suapan yang mudah dan boleh dikongsi.

3 komen

Muat turun aplikasi untuk sertai!

Lebih News Stack

Trending sekarang

Sedang dimuat turun...